Nike Hypervenom II ( high cut )

 


Hi assalamualaikum gais ! Harini saya nak memberikan pandangan peribadi saya tentang kasut di atas iaitu Nike Hypervenom II iaitu kasut bola ke - 2 saya ketika saya berumur 15 tahun :)


Sebelum mengulas tentang kasut ini,ingin saya tunjukkan setiap sudut kasut ini. Berdasarkan gambar di atas,kita dapat melihat bahawa Nike Hypervenom II ini mempunyai potongan yang sedikit lebar berbanding Nike Mercurial Vapor IX FG Men yang agak tirus. Kasut ini memberikan keselesaan pada pemain yang berkaki lebar dan mengutamakan teknik hantaran bola

Antara posisi yang sesuai menggunakan kasut ini adalah pemain tengah. Hal ini kerana mereka yang mencorakkan permainan dengan hantaran dan kawalan bola dan kasut ini sedia memberikan keselesaan pada tahap terbaik !


Kita dapat lihat bahawa kali ini saya menggunakan kasut 'high cut' kerana memberikan keselesaan yang lebih memuaskan. selain bahagian belakang yang lebih 'fit' ini dapat mencengkam kaki pemain agar dapat merasai pengalaman kasut yang seakan akan rasa seperti 'kaki ayam'. Dengan kelebihan ini,pemain dapat merasai cengkaman yang memberi keselesaan mengikut potongan kaki tanpa rasa longgar.

Antara posisi yang terbaik untuk kelebihan ini adalah striker atau penyerang kerana dapat memberikan mereka cengakaman ketika mengawal bola di hadapan pintu gol pihak lawan dan seterusnya melakukan penyudah terbaik !


Pemain bolasepak terkenal seperti Neymar Jr juga mengenakan Nike Hypervenom II ini ketika beliau menyarung jersi FC Barcelona. Beliau turut berada di posisi penyerang sayap kiri ( LWF ) ketika Barcelona menggunakan formasi 4 - 3 - 3.


Comments

Popular Posts