Mitsubishi Evo IX

                       


Siapa je tak kenal walaupun bukan peminat kereta mesti pernah melihat kereta ini di fast & furious dan World Rally Championship . Yang pasti, kereta ini sudah pun menempa nama dalam lipatan sejarah dunia pemotoran.

 Walaupun ia bukan kereta rali pertama yang menggunakan sistem pacuan empat roda atau enjin berkuasa turbo, kereta ini bagaimanapun telah menjadi lagenda selepas menjuarai beberapa kejohanan rali dunia. Paling penting, kereta ini boleh dibeli dan dipandu oleh sesiapa sahaja yang berduit.

Evo dan seterunya, Subaru Impreza berjaya dari segi komersial apabila ia diminati di serata dunia. Saya rasa sebabnya ada satu, kereta ini cukup mudah untuk diubah suai

                        SONY DSC

Ya. Pembeli kereta berprestasi tinggi seperti ini biasanya tidak suka kereta mereka kekal standard. Apatah lagi kereta macam Evo ini mempunyai pelbagai aksesori yang mampu meningkatkan prestasi kereta dengan harga munasabah.


                   SONY DSC

Nak tunggu harganya turun dan beli tunai? Maaf la, Evo III yang dah dekat 20 tahun itu pun orang jual dalam RM60,000. Mimpi je la…

Comments

Popular Posts