Kenapa malaysia antara negara terbaik untuk didiami?


 Bagi korang yg x sedar tentang bertapa bertuahnya korang2 ni dilahirkan kat malaysia ni meh aku ada beberapa fakta menarik yg nak share ngan korang pasal kebaikan negara kita ni.

1. Makanan

Nampak point ni macam bodoh2 je kan? Padahal bila korang pergi travel...ni la benda yg paling kritikal sekali terutamanya bagi orang islam. Orang suka pergi kat malaysia sebab diaorang boleh jumpa makanan dari seluruh pelusuk dunia ni kat malaysia. Bila kita pergi melancong kat tempat lain baru kita tau betapa susahnya nak cari makanan halal dan kena dengan selera kita.


2. Kos sara hidup

Bila aku tengok budak2 muda kat malaysia ni duk bising pasal barang mahal la ni la tu la aku rasa macam nak gelak je. Sebab apa? Sebab dah terbukti yg ramai orang nak tinggal dekat malaysia ni sebab kos sara hidup yg rendah kalau nak dibandingkan dengan kat negara diaorang. Satu perbandingan mudah yg aku nak buat kat sini adalah kos pengangkutan kat malaysia ni 10 kali ganda lagi murah drpd kat jepun. Banyak lagi la...harga makanan, barang elektronik, cukai dan macam2 lagi.


3. Kesihatan dan perubatan

Malaysia tersenarai antara negara dengan fasiliti perubatan terbaik di dunia. Sebagai contoh, institut jantung negara tu merupakan pusat rawatan jantung terbaik di dunia. Kat malaysia ni pon senang sangat nak jumpa klinik ngan hospital. Dia punya banyak tu mcm public toilet kat sini dah. Kos rawatan pon murah gila. Mcm yg kita tau warganegara diberi subsidi dengan bayaran yuran perubatan yg sangat x masuk akal. Servis pon memuaskan. Sebab tu ramai orang datang nak tinggalkat malaysia ni.


4. Pendidikan

Malaysia juga merupakan antara negara dengan tahap pendidikan yg terbaik. Dari segi syllibus sampailah ke pencapaian murid. Daripada tajuk entry ni kita lebihkan kat ipt la eh. Kenapa banyak foreigner pilih malaysia? Kita rasa yuran ipt kat malaysia ni mahal kan? Ptptn tu boleh buatkan 7 keturunan kita bangkrup kan? Padahal yuran ipts kat malaysia ni yg kita rasa dah x mampu ni pon sebenarnya antara yg termurah sekali kat dunia ni. Sebab tu lah berduyun2 orang asing datang kat malaysia untuk belajar.



5. Bebas dari perperangan

Ni adalah nikmat yg paling baik la orang kata untuk negara islam. Kalau kita tengok kat timur tengah tu...habis. Xde satu pon negara arab(islam) yg aman. Duk berperang sini sana tak sudah. Nak pergi indonesia...orang sana sibuk datang sini. Dah jelas2 la negara mana lagi baik kan? Jagalah keamanan ni sebab sekali berlakunya perperangan, jangan mimpi lah nak aman balik. Ni antara sebab utama ramai pelarian2 yg bergadai nyawa sebab nak datang tinggal kat kalaysia ni. Kita sepatutnya bersyukur yg negara kita ni aman dan damai ye kengkawan sekalian.



Sedarlah dan sayangilah negara kita yg tercinta ni kerana “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; adalah lebih baik di negeri sendiri”

Tidak semestinya negara yg lebih maju itu lebih baik daripada kita. -Dato Sri Amar-

Comments

Popular Posts