Tempat menarik di Australia
Scitech Discovery Centre
Pusat sains di Australia yang diberi nama Scitech Discovery Centre ini tidaklah besar mana, tapi mudahlah untuk anda melihat anak-anak bebas bergerak menerokai alam sains dalam set-up yang cukup interaktif dan menyeronokkan.
Cukup padat dengan lebih daripada 160 jenis pameran yang kesemuanya interaktif dan khas untuk kanak-kanak. Memang tak sempatlah kalau satu jam je kat sini. Antara yang terdapat di sini adalah simulasi taufan, permainan atau eksperimen fizik dan kejuruteraan, ruang bacaan, lego, stesen buih, kereta pintar, dan lain-lain lagi.
Western Australian Maritime MuseumDi pesisiran pantai Lautan Hindi terletaknya sebuah muzium yang besar, Western Australian Maritime Museum. Betapa banyaknya untuk dilihat di muzium ini sehinggakan sedar tak sedar dah 2 jam anda sekeluarga habiskan masa di sini.
Mana tidaknya, pameran-pameran yang ada di sini dibahagikan mengikut zaman dan tema masing-masing yang terdiri daripada zaman peperangan, sejarah penjajahan, transformasi Swan River dari dahulu hingga sekarang, pertahanan tentera laut, industri perikanan dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan lautan di Australia ni.
Cukup komprehensif! Anda juga boleh masuk ke dalam kapal selam perang yang dipamerkan di sini.
Di pesisiran pantai Lautan Hindi terletaknya sebuah muzium yang besar, Western Australian Maritime Museum. Betapa banyaknya untuk dilihat di muzium ini sehinggakan sedar tak sedar dah 2 jam anda sekeluarga habiskan masa di sini.
Mana tidaknya, pameran-pameran yang ada di sini dibahagikan mengikut zaman dan tema masing-masing yang terdiri daripada zaman peperangan, sejarah penjajahan, transformasi Swan River dari dahulu hingga sekarang, pertahanan tentera laut, industri perikanan dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan lautan di Australia ni.
Cukup komprehensif! Anda juga boleh masuk ke dalam kapal selam perang yang dipamerkan di sini.
Army Museum of Western AustraliaKalau anda berada di Fremantle, anda mesti lawati Army Museum of Western Australia. Dengan bayaran masuk yang tidak begitu mahal, sangat banyak yang dapat anda lihat di sini yang melibatkan ketenteraan di Australia sejak sebelum Persekutuan Australia dibentuk sehingalah masa kini.
Pameran ketentaraan di sini cukup komprehensif dan interaktif dengan informasi dan barangan bersejarah yang melibatkan Australia dengan Peperangan Afrika Selatan, Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, Peperangan di Korea, Vietnam dan lain-lain lagi di timur tengah.
Kalau anda berada di Fremantle, anda mesti lawati Army Museum of Western Australia. Dengan bayaran masuk yang tidak begitu mahal, sangat banyak yang dapat anda lihat di sini yang melibatkan ketenteraan di Australia sejak sebelum Persekutuan Australia dibentuk sehingalah masa kini.
Pameran ketentaraan di sini cukup komprehensif dan interaktif dengan informasi dan barangan bersejarah yang melibatkan Australia dengan Peperangan Afrika Selatan, Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, Peperangan di Korea, Vietnam dan lain-lain lagi di timur tengah.
Aviation Heritage MuseumTerdiri daripada 2 bangunan, muzium ini menempatkan pelbagai jenis pesawat yang digunakan oleh orang awam dan tentera. Yang syoknya, sesetengah kapal yang dipamerkan di Aviation Heritage Museum ini, anda boleh masuki bahagian kokpitnya, bila lagi nak merasa masuk kokpit walaupun statik je.
Bukan itu sahaja yang ada di sini, anda juga dapat melihat pameran lencana, insignia dan pakaian uniform termasuklah 3 pasang daripada tentera udara Jerman. Di samping itu, terdapat juga stesen kawalan trafik udara yang lengkap dengan paparan video dan audio untuk melihat kawasan kawalan. Selalu tengok dalam tv je, kali ni depan mata, mana tak excited!
Terdiri daripada 2 bangunan, muzium ini menempatkan pelbagai jenis pesawat yang digunakan oleh orang awam dan tentera. Yang syoknya, sesetengah kapal yang dipamerkan di Aviation Heritage Museum ini, anda boleh masuki bahagian kokpitnya, bila lagi nak merasa masuk kokpit walaupun statik je.
Bukan itu sahaja yang ada di sini, anda juga dapat melihat pameran lencana, insignia dan pakaian uniform termasuklah 3 pasang daripada tentera udara Jerman. Di samping itu, terdapat juga stesen kawalan trafik udara yang lengkap dengan paparan video dan audio untuk melihat kawasan kawalan. Selalu tengok dalam tv je, kali ni depan mata, mana tak excited!
Comments
Post a Comment