Kereta paling laris di Malaysia


5. HONDA CITY - 31,356 Unit

2020 New Honda City 1.5 S #212621 - oto.my

Walaupun berstatus jenama bukan nasional dan sudah tentu dijual dengan harga jauh lebih mahal dari model sekelas keluaran jenama tempatan, ini tidak menghalang untuk Honda City terus menjadi sedan segmen-B paling laris di Malaysia. Sepanjang 2019, Honda berjaya menjual City dengan jumlah hampir 10k lebih banyak dari Proton Persona!


4. PROTON SAGA - 38,144

Proton Saga 1.3L Premium Review: Great Little Changes |

Proton mencatatkan jumlah jualan yang sangat membanggakan tahun lalu, selain dari prestasi jualan model paling tinggi dalam barisan modelnya iaitu X70, model paling mampu milik mereka – Proton Saga – turut menyumbangkan jumlah jualan yang sangat signifikant. Saga diperkenalkan dalam versi facelift pada Ogos 2019 dan sehingga akhir tahun lalu sebanyak 41,000 unit telah ditempah oleh pelanggan, memberikan momentum yang baik untuk permulaan tahun ini.


3. PERODUA BEZZA - 45,656

Perodua Bezza 2020 Price in Malaysia From RM34,580, Reviews; Specs ...

Walaupun Proton Saga dilihat menguasai pasaran sedan segmen-A pada penghujung tahun lalu, pesaing terdekatnya iaitu Perodua Bezza masih lagi juara keseluruhan bagi segmen tersebut untuk tempoh sepanjang 2019. Perodua berjaya menjual lebih 7.5k unit Bezza berbanding Saga pada 2019.



2. PERODUA AXIA - 67,267 

Perodua Axia 2020 Price in Malaysia From RM24,090, Reviews; Specs ...

Siapa kata model sedan lebih popular dari model hatchback di Malaysia? Sepanjang tahun 2019, Perodua Axia telah berjaya dijual lebih 21,611 unit berbanding versi sedannya iaitu Perodua Bezza! Hatchback segmen-A paling laris di Malaysia ini juga telah diberikan versi facelift pada September 2019, menerima pelbagai ciri baru seperti VSC dan varian seperti SUV yang digelar Axia Style.



1. PERODUA MYVI. -81,966 
Perodua Myvi - over 100,000 units of third-generation model ...
Siapa nombor satu dalam senarai model kereta paling laris sepanjang 2019? Dah tentulah Perodua Myvi! Memang sukar untuk model lain mengambil takhta ini dari Myvi sejak dari model generasi pertama hingga sekarang yang sudahpun masuk ke generasi ketiga. Sepanjang tahun lalu, jumlah jualan Myvi sahaja telah mewakili satu pertiga dari jumlah keseluruhan jualan Perodua itu sendiri, dan ia sebenarnya sudah bermula sejak November 2017.

Comments

Popular Posts