MOVIE
Kali ni aku tunjuk boleh dikatakan fav anime aku. Aku bukan la minat anime yang tegar punya. Mana aku rasa boleh go aku layan je. Janji best and tak bosan.
So cerita yang pertama ni memang paling famous sekarang and tengah top iaitu tak lain tak bukan NARUTO SHIPPUDEN. Kalau korang faham jalan cerita dia memang best. Memang nampak aksi dengan skill yang diorang ada tu gmpak. Tapi asalnya hidup watak utama cerita ni memang sedih. Kisah perjalanan dia ni memang menginspirasikan orang lain jugak. Sehingga lah sekarang cerita tentang anaknya iaitu BORUTO sedang top sekarang.
Seterusnya ni ONE PIECE. Aku tak follow sangat cerita ni sebab banyak episode dia yang aku tertinggal. Tapi kalau ada masa aku akan cuba habiskan sampai episode terakhir dia. Kisah dia ni pun sedih jugak. Dia nak jadi pirate yang terkenal jugak. Dia kehilangan ramai kenalan dia. Kalau tengok cerita ni memang akan keluar air mata korang and korang akan terpegun dengan kuasa yang dimilikinya.
Ini pulak cerita TOKYO GHOUL. Kisah seorang pemuda ni kena makan dengan 'raksaksa hantu' yang makan orang tapi dia terselamat. Bila dia sedar rupanya dia dah jadi monster. Dia tak jahat, walaupun kehidupan dia kena makan daging orang tapi dia tak buat sedemikian. Dia cuba elkkan diri dari makan orang yang hidup. Korang kena layan cerita ni sebab memang gempak dan tak bosan. Jalan cerita pun memang best.
Last sekali cerita HIGH SCHOLL DXD. Cerita ni akan sarankan umur 18+. Sebab jalan cerita ni agak banyak babak diamana 18+ yang dibenarkan. Dia merupakan action punya cerita. Walapun diorang budak sekolah tapi diorang ada kuasa untuk bunuh raksaksa yang jahat. DIorang lindungi sekolah diorang dan ahli pasukan diorang. Jalan cerita dia sangat menarik sebab babak yang diorang berawan tu memang mengangumkan walaupun orang yang tengok cerita ni orang yang berumur. Aku yakin sangat. Hahahahahaha.
Comments
Post a Comment