RIDE REMBAU-BENTONG
Okay , so aku gerak dari Rembau pagi dalam pukol 8. Aku bawak y15 v1 , abang aku y15 v2 member abang aku SYM yang 185 cc tu. boleh tahan power gaklah. Kitorang stop dekat r&r Seremban sebab nak isi minyak full tank dulu. Lepas settle kitorang terus sambung ride. Second stop kitorang dekat Petrol Pam Gombak. Abang aku cakap dua tempat ni mmg checkpoint dia kalau rider dengan member-member dia. Kat situ kitorang isi minyak lagi sekali. Full tank lagi. Minyak yang dari r&r Seremban tadi ada lagi. Cuma saja kitorang isi full tank.
Kanan tu abang aku. Kiri tu motor yang aku ride
Then kitorang teruskan perjalanan ke destinasi tujuan kitorang iaitu Lemang Toki Bentong. Actually Lemang Toki ni memang famous dalam kalangan rider. And kitorang pergi time tu hari Khamis sebab kalau pergi weekend memang full gila especially dengan motor-motor besar. So route kitorang untuk pergi ikot highway je. Rembau-Gombak-Bentong.
Ni kitorang stop dekat BHP Gombak
Bila habis makan, kitorang terus gerak balik. Balik kitorang ikot route lain. Kitorang ikot route dalam. Bentong-Karak-Kuala Pilah-Rembau. Jalan dalam bosan teruk mat. Karak ke Pilah 100km jalan dalam.memang bosan la. Tapi feel sebab kawasan kampung so macam-macam pemandangan. Anyway kitorang sempat singgah makan durian dekat Bentong. Memang kaw-kaw punya sedap. Tak sembang la.
Kitorang stop makan durian dulu
Pergi kitorang ikot highway makan masa dalam 1 jam 45 minit sampai Bentong. Balik pulak ikot jalan dalam dalam 3 jam sebab kitorang ada singgah lepak dekat Jemapoh dulu. Makan pizza Jemapoh yang viral tu.
So, tu jelah aku nak cerita. Kesimpulannya memang best la ride. Aku dah plan ngan abang aku nak ride lepas aku final semester 2. Abang aku ada kata nak ride satu semenanjung ikot jalan pantai. Memang tak sabar la. Okay gang sekian terima kasih
Comments
Post a Comment