Nike Mercurial Vapor XI FG Men

 


Hi assalamualaikum guys ! harini saya nak share tentang Nike Mercurial Vapor XI FG Men iaitu kasut bola pertama saya iaitu ketika saya berumur 12 tahun :)


Sebelum mengulas lebih lanjut,izinkan saya untuk menunjukkan beberapa sisi kasut ini agar mudah untuk saya memberikan komen peribadi saya. Berdasarkan gambar di atas kita dapat lihat rekaan kasut ini agak muncung agar ciri ciri aerodinamik itu lebih baik. Kasut ini juga pada saya direka untuk kelajuan. 

Antara posisi yang agak sesuai untuk menggunakan kasut ini berdasaekan kelajuan adalah pemain sayap


Tambahan lagi,pada bahagian dalam atau inner foot kasut ini juga menunjukkan bahawa ruangan bahagian sisi itu adalah tidak begitu luas. Hal ini kerana kasut inu lebih mementingkan sepakan yang dinamakan shooting dan bukan placing

Antara posisi yang sesuai menggunakan kasut ini berdasarkan kepentingan finishing ini adalah striker atau penyerang


Gambar di atas ialah Cristiano Ronaldo yang merupakan bintang Real Madrid pada ketika itu mengenakan boot Mercurial Vapor IX FG Men ini tetapi berlainan warna dari saya hehehe. 

Sekian daripada saya untuk kasut pertama,terima kasih :)

Comments

Popular Posts