Tempat menarik di Korea
Changdeokgung Palace
Changdeokgung Palace merupakan salah satu daripada tempat tinggal bagi keluarga diraja Korea. Untuk menerokai seluruh kawasan istana ini, anda memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam. Tak cukup dengan keindahan istana ini, di luarnya pula terdapat taman yang cukup
Terdapat beberapa buah kolam teratai dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang penuh warna-warni terutama pada musim luruh, suasana di taman ini kelihatan sungguh magikal. Pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berjalan-jalan dengan keluarga raja di sini.
Hangang Park
Terletak di tepian Sungai Hangang, Hangang Park merupakan sebuah taman rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk anda beraktiviti bersama keluarga di waktu petang seperti tempat bermain bola keranjang, gelanggang bola tampar, gelangang tenis, skate rink, pusat kecergasan, laluan basikal dan juga sebuah kolam renang yang luas.
Walaupun taman ini agak popular sehinggakan ada yang membuka khemah, ajaibnya, kawasan sekitar kelihatan sangat bersih. Di samping itu, dari Hangang Park juga anda dapat melihat pemandangan indah bandaraya Seoul yang terletak di seberang sungai.
Teringin ke sini? Rancanglah aktiviti menarik bersama keluarga sebelum datang, kalau anda nak tahu antara aktiviti yang terkenal di sini adalah menaiki bot pedal, berkanu, bbq, berkhemah, ski air dan banyak lagi!
National Museum of Korea
Sudah melancong ke negara orang, mesti banyak yang ingin anda pelajari pasal negara yang dijejaki itu kan? Kalau macam tu, sebelum anda melangkahkan kaki ke tarikan-tarikan yang lain di Korea ini, apa kata kalau anda melawat National Museum of Korea.
Melangkah masuk ke dalam muzium ini membuatkan anda merasa seperti merentasi zaman kerana pamerannya yang tersusun kemas bermula dari zaman pra-sejarah di Korea sehinggalah ke zaman moden.
N Seoul Tower
Tak sah kalau tak melengkapkan penjelajahan anda di negara Korea tanpa melawat N Seoul Tower atau Namsan Seoul Tower, salah satu bangunan ikonik di Seoul.
Sudahlah terletak di atas bukit, ditambah lagi dengan ketinggian menara ini yang mencapai 777 kaki, bayangkanlah pemandangan yang disajikan dari atas menara ini. Cukup mengujakan. Ramai juga yang mengatakan pemandangan dari tandas menara ini pun dah cukup hebat, tak perlu menuju ke dek pemerhatian.
Comments
Post a Comment