Cara Memasak Ayam Masak Lemak Cili Api
Halllloooooo gaissss, bersama saya lagi hahahahah. So harini aku nak share menu ayam masak lemak cili api gaisss, menu kalau makann kat kampung dengan family pastu semua sedara mara beerkumpul lak memang mantap ah geng!
So ramuan atau bahan bahannya ialah seperti berikut ;
~ 1 biji bawang merah (ditumbuk) ~ 1 ekor ayam (dipotong 16 bahagian)
~ 1 ulas bawang putih (ditumbuk) ~ 2 biji kentang (dikupas dan dipotong 8)
~ 20 biji cili padi ( ditumbuk) ~ 2 keping asam keping
~ 1 inci kunyit hidup (ditumbuk) ~ 500 ml santan kotak
~ 1 batang serai (diketuk) ~ 1 setengah cawan air
~ 3 sudu besar minyak masak (untuk menumis) ~ Garam (ikut citarasa)
~ Gula (ikut citara) ~ 1 biji tomato (dipotong 4 hiasan)
~ 1 biji lada merah (dibuang biji) ~ 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
So kalau dah ada semua bahan seperti berikut, tunggu apa lagi? boleh start masak daahhhhh!!
1) So first step, sediakan bahan siap siapp supaya tak kalut nanti.
2) So second boleh tumbuk cili api,bawang merah,bawang kecil dan kunyit hingga sedikit lumat.
4) Panaskan periuk.Masukkan sedikit minyak dan tumis serai yang sudah diketuk bersama bahan tumbuk tadi.Tumis hingga naik bau.
5) Kemudian,masukkan ayam.Tumis sebentar hingga ayam sedikit garing.Masukkan kentang dan biarkan dalam masa 5 minit.
6) Masukkan air dan asam keping.Reneh sebentar bagi kentang dan ayam sedikit empuk.
7) Kemudian,masukkan santan.Garam dan gula.Rasa ikut citarasa.Jika dah berpuashati,masukkan cili hidup yang dipotong 4,tomato dan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.Masak dalam 10 minit dan sedia untuk dihidang.
Habisss daaahhh gituuu jeee, simple je boss. Boleh enjoy dengan familyyy!!!
Comments
Post a Comment