Nurse KPJ
Okay gaisss. disebabkan aku dah out of topic , aku nak cerita lah macam mana aku boleh kenal dengan seorang nurse ni.
So masatu raya pertama. aku bosan sangat kat rumah aku scroll scroll twitter lepastu terjumpa ade sorang pempuan ni dia ade post gambar. and aku takde niat pon nak flirt , aku pon dm dia untuk minta izin edit gambar dia.
So , situation tu seperti screenshot ini HAHAHAHHAHA.
So , since dari tu, aku pon berkawan dengan dia. ape yang buat aku suka sangat berkawan dengan dia ni, sebab dia ni biasa biasa sangat. dia cantik gila , tapi tak famous , asal dari keluarga yang biasa , social media dia pon biasa biasa je , and yang paling penting , dia takde kena mengena langsung dengan mana mana kenalan aku , kenalan aku semua tak kenal langsung dia ni. Completely stranger la orang kata.
Kenal punya kenal , dapat tahu dia duduk Skudai , dekat je rupanya dengan tempat aku !! aku duduk Gelang Patah , so memang tak jauh la. Lepastu dia ni belajar pon kat JB juga. dia ni student nurse KPJ . nurse yang baju biru tuu. haa makin interesting aku nak kenal dengan dia.
makin lama , aku dengan dia makin rapat. sampai lah kiteorang plan nak jumpa. So masatu dia kat kampung dia kat Segamat , and masatu ade satu hari tu dia nak balik JB. So aku decide untuk pergi Segamat and lepak dengan dia lepastu petang tu balik JB sama sama dengan dia. Masa datang tu aku berdebar juga laa sebab ni first time jumpa dia kan. Sampai je kat Segamat masatu aku terus tunggu dia. tunggu punya tunggu dia pon datang. Kiteorang just jalan jalan tangkap gambar je sambil borak borak masatu. and kat bawah ni salah satu gambar yang kiteorang berjaya tangkap tanpa suruh orang amikkan gambar.
Serious aku bangga gila sebab gambar tu aku guna teknik aku sendiri untuk tangkap. Tanpa minta tolong orang tak kenal tangkapkan tau hahahahahah.
So , itu lah first meet kiteorang. cerita pasal second meet pulak , ni lagi syiokkk.
masa tu plan nak jalan jalan sekitar JB sebelum dia practical kat KL-antan (kelatey ) . So mula mula ingatkan nak naik moto pastu parking kat mcd skudai je pastu jumpa dia pastu naik grab jalan. Tapi tetiba dia kata Ummi dia suruh park moto kat rumah dia je. PERGH aku pon seronok gak ahh boleh kenal kenal dengan ummi dia. tapi masatu abah dia takde sebab pergi kerja. Masuk masuk aku terus lah keluarkan gaya sopan aku aka gaya menantu idaman bundamu . habis borak borak dengan ummi dia , kiteorang pon order grab. masatu kiteorang pergi B5 kat sebelah Angsana Mall , Big Bunde kat Bukit Alif and jalan area area City Square tu alaa Jalan Wong Ah Fook tuuu. so kat bawah ni aku sertakan la footage footage masatu.
Jujur cakap , gambar gambar ni quality dia kureng but aku puas hati sebab semua tu tangkap sendiri dengan cara aku haahahah. So setakat ni lah dulu aku cerita pasal nurse ni. dengar cerita kalau sakit boleh dapat free treatment kat kpj nanti huhu tak tahu la scam ke tidak.
So, jumpa di cerita seterusnya !
Comments
Post a Comment