Tempat makan yang menarik di Penang

 Dah berpeluh berpusing ke sana-sini sekitar Georgetown? Mai singgah sat ke Teochew Chendol untuk menghilangkan dahaga. Cendol ini dikatakan cendol yang terbaik di Penang.

Buktinya, anda boleh lihat sendiri daripada bilangan orang yang sanggup beratur untuk menikmati cendol ni terutama ketika musim cuti atau cuaca panas. Cendolnya cukup manis berlemak untuk memuaskan selera, serta sangat berkesan untuk menyejukkan tekak yang kering.

Dah penat beratur, anda boleh menuju ke kawasan meja makan yang disediakan untuk terus menikmati cendol yang dibeli.

Telah beroperasi dari tahun 1936, perniagaan yang pada awalnya ini hanyalah sebuah gerai kecil, kini bukan sahaja terkenal di dalam kalangan penduduk tempatan, tapi turut memiliki peminat dari pelbagai negara lain lagi. Memang hebat penangan cendolnya.

Pernah cuba nasi beriani mamak? Kalau belum, ini adalah lokasi yang tepat untuk anda mencubanya buat pertama kali kerana restoran ini dikatakan menghidangkan antara nasi beriani yang terbaik di Penang. Rasa nasi yang sempurna, dengan pilihan lauk yang pelbagai dari ayam hinggalah kambing, tak cukup sepinggan.Jangan pula makan nasi beriani tu sampai tak muat perut untuk cuba makanan yang lain lagi, sebab selain nasi beriani, hidangan lain yang popular di kedai makan ni adalah murtabak, sedapnya sampai menjilat jari!

Dibuka selama 24 jam, kalau anda lapar tak kena pada masa, singgah sahaja ke Restoran Kapitan yang terletak di Jalan Chulia. Kalau ke sini, dapatlah anda merasa hidangan terpanasnya iaitu beriani claypot dan juga roti naannya yang boleh dimakan bersama ayam tandoori.

Roti naannya cukup lembut untuk dinikmati, manakala ayam tandoorinya pula diperap dengan sempurna. Nak lagi best, anda boleh cuba roti naan cheese. Beriani claypotnya juga sangat superb dari segi rasa!

Nak menikmati pemandangan sambil makan? Anda boleh menuju ke tingkat atas restoran ini. Bertambah syoknya!


Terletak tidak jauh dari Stadium Bandaraya Penang, Astaka Padang Brown ataupun Medan Selera Padang Brown ini menawarkan pelbagai jenis hidangan berbeza. Mana tidaknya, gerai-gerai di sini bukan hanya dibuka oleh peniaga Melayu, tapi juga Cina dan India. Inilah peluang untuk anda memuaskan selera 1 Malaysia.

Antara menu yang boleh ditemui di sini adalah mee rebus, pasembur, sup kambing, sate, kerang bakar, kuey teow, aneka masakan barat dan banyak lagi. Sekadar ingin menghilangkan kehausan tekak? Di sini juga terdapat jualan air coconut shake.

Comments

Popular Posts