Petronas



 

Petronas merupakan syarikat kebanggaan malaysia. Petronas menjalankan perusahaan yg berkaitan dengan minyak dan gas. Syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 1974 dan semakin berkembang sehingga menjadi syarikat yg dipercayai dan bertaraf dunia. Petronas kini menjalankan beberapa jenis perusahaan.
Perusahaan utama petronas adalah cari gali minyak dan menjual minyak secara runcit dan seterusnya terlibat dalam dunia permotoran.



Seterusnya, petronas mula mengembangkan sayap perniagaannya dengan mula menaja dan membekalkan bahan api kepada pasukan mercedes amg dalam kejohanan formula 1. Hasil drpd kemajuan teknologi dan kualiti minyak yg dihasilkan oleh petronas, pasukan mercedes amg petronas telah berjaya menjulang kejuaraan dunia sebanyak 6 kali berturut turut.


Baru baru ini juga, kita telah dikejutkan dengan kejuaraan pasukan yamaha srt petronas dalam kejuaraan motogp 2020. Ini membuktikan bahawa petronas merupakan sebuah syarikat yg sangat komited dan berkemampuan dalam menerajui dunia permotoran dan teknologi petroleum.


Sebagai rakyat malaysia, kita perlu sentiasa menyokong syarikat dan produk buatan malaysia. Petronas merupakan syarikat GLC, beerti menjadi tunjang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sokonglah perusahaan petronas kerana dengan membeli produk keluaran petronas, kita akan peroleh kemudahan awam di seluruh negara.


Comments

Popular Posts