Short Vacay dengan gang ALAM

Hi gang. Bersua kembali kita dalam entry ke-14. Aku tinggal 2 entry lagi. Kalini aku nak cerita pasal aku pergi short vacation dengan gang ALAM. Ni last minit punya plan tapi memang best lah. Biasanya benda last minit ni lah yang jadi en.

 Okay actually haritu kitorang ada pergi ALAM sekejap lepas PKP ni dilonggarkan. Sebab kitorang kena pindah bilik nanti junior nak masuk. Kitorang pergi hari isnin and tak tidur situ pon. So kitorang plan la, takkan turun Melaka semata-mata nak pergi kemas barang en. So korang decide untuk stay villa 1 malam + bbq. Memang mantap kitorang bukan gang sembang kari. Last-last ramai gak on. SO, apa lagi. Member aku sorang terus cari and book villa dekat A'Famosa. 



Villa tu ada private pool. Harga pon tak mahal. RM400 je 1 malam. So, affordable la untuk kitorang sebab kitorang kan student lagi. Kitorang share duit untuk Homestay dengan BBQ. So, sorang kena bayar dalam RM40 je haritu. Memang murah lah. 





 Ni aku ngan member aku mandi pool time bbq


Lepas kitorang settle kemas barang dekat ALAM, kitorang pon geraklah pergi Villa tu dalam pukol 5 petang. Sampai-sampai je memang kitorang melepak and berehat la sebab barai. Malam tu lepas maghrib aku dengan member aku tiga orang pergi Tampin jap cari barang untuk bbq. Lepas settle cari barang tu kitorang balik Villa and bbq pon bermula. Memang layan buat bbq sambil mandi pool en. Meriah malam tu. Yang jadi Chef ada Yang jadi Barista ada. Memang function lah. Kenyang gila malam tu. 


Keesokannya kitorang sambung masak-masak and mandi pool pagi tu. Dalam pukol 10.30 tu kitorang stop and mula kemas-kemas sebab checkout pukol 12. So, after checkout tu kitorang bergambar and pulang ke destinasi masing-masing. Thankyou gang sudi baca. 

Kitorang lepas checkout. Ngam terok


Comments

Popular Posts