Cara Memasak Ayam Masak Kicap
Haluuuuu gaissss !! harini aku nak share pulak pasal ayam masak kicap. So menu ni memang favourite aku kalau mak aku masak, memang sedap gila ah, hahahahha. So ofcos laa kita akan mulakan dengan bahan bahan dulu en.
Bahan bahannya ialah ;
~ Minyak ~ Bawang besar
~ Ayam ~ Halia~ Gula bukit ~ Kicap
~ Sos cili ~ Lada hitam
~ Cili kering ~ Kunyit
~ Air ~ Kayu manis
~ Bawang merah ~ Bunga lawang
~ Bawang putih ~ Buah pelaga
~ Teoung jagung ~ Ajinomoto
So macam biasa, kita akan buat step by step okay gaisss!!!
1) Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam bukit.
2)
Tumbuk 2 bawang merah, 2 bawang putih, halia sedikit dan sedikit lada hitam. Letakkan sekali kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.3) Potong bawang besar.
4) Rebus cili kering dan kemudian blend
5) Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah digaul. Angkat ayam dan asingkan.
6) Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi bersama kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang.
7) Masukkan bawang besar dan juga cili yang telah diblender sebanyak dua sudu makan.
8) Masukkan kicap sehingga warna nya ada dan juga 2 sudu sos cili thai.
9) Masukkan air masak dalam 0.75 cawan.
10) Masukkann ayam yang telah digoreng tadi.
11) Masukkan separuh sudu makan tepung jagung. (Jangan masuk direct) Masukkan sedikit sambal kicap ke dalam mangkuk kecil berserta tepung jagung tadi dan kacau di dalam mangkuk kecil. Kemudian barulah masukkan ke dalam kuali tersebut. - supaya kuahnya lebih likat.
12) Masukkan garam secukup rasa dan ajinamoto terpulang. And then, boleh dihidang dan menikmati bersama keluarga tercintaaa..
Comments
Post a Comment