5 cara menghilangkan stress
hello guys welcome back to my blog.harini aku nak share tips macam mana aku handle stress bila belajar so aku harap korang bolehlah cuba untung menghilangkan stress.selamat mencuba.
1.Kerapkan Bersenam
Senaman sudah lama dipraktikkan untuk membebaskan badan daripada hormon stress. Bagaimana bersenam dapat membantu dalam hal ini? Semasa bersenam, tahap endorphin dalam badan meningkat. Endorphin berperanan dalam mencetuskan rasa gembira dan seronok. Selain membantu anda mengatasi stress, ianya juga dapat menyihatkan badan anda.
2.Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Tidur boleh memulihkan tenaga anda. Jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, badan akan memberikan tekanan kerana perlukan tenaga untuk berfungsi. Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur setiap hari. Manakala, kanak-kanak dan warga emas memerlukan tidur yang lebih, sekitar 9-10 jam sehari. Namun ia bergantung kepada keperluan seseorang.
Tidur yang tidak cukup atau lebih dari sepatutnya, boleh menyebabkan badan letih, lemah, minda dan pemikiran tidak dapat fokus, seterusnya boleh meningkatkan kadar stress seseorang.
3.Makan Makanan Yang Berkhasiat
Badan anda perlu sihat dan kuat untuk mengatasi stress. Tekanan diri boleh dikaitkan dengan pemakanan, kerana ada tindakbalas dalam badan yang boleh menyebabkan dan menghilangkan stress.
Jadi, untuk memastikan badan sentiasa sihat, pengambilan makan yang betul, berkhasiat dan seimbang amat penting untuk dijaga.
4.Melakukan Perkara yang Anda Suka
Stress juga boleh diatasi dengan melakukan perkara yang anda suka, tidak kiralah perkara itu merupakan hobi anda atau tidak. Yang penting adalah sesuatu di mana anda merasa gembira dan tenang jika melakukannya.
Tetapi, perlu juga diingatkan, perkara yang dilakukan perlulah bersifat positif, tidak memudaratkan diri dan orang sekeliling.
5.Teknik Menarik Nafas
Teknik menarik nafas dan menghembus nafas perlahan-perlahan ialah cara paling mudah untuk mengatasi stress. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bertenanglah dan bernafas secara perlahan bagi membekalkan oksigen yang secukupnya kepada otak. Cara menarik nafas adalah tarik sedalam-dalamnya menggunakan hidung dan tahan 3 saat kemudian melepaskan nafas perlahan-perlahan menggunakan mulut.
aku harap korang dapat memanfaatkan perkongsian tentang cara menghilangkan stress.terima kasih dan jumpa pada blog yang akan datang
Comments
Post a Comment