5 Tempat Berhantu Di Malaysia



 hello guys,welcome back to my blog.hari ni aku nak share dekat korang 5 tempat Berhantu Malaysia.Hantu atau makhluk halus adalah makhluk ghaib yang tidak terlihat dengan mata kasar.

Ada yang mempercayai kewujudan makhluk makhluk halus ini ada juga yang tidak mempercayainya tambahan pada zaman moden dan serba canggih hari ini, kisah kisah mengenai makhluk halus ini sudah jarang didengari dan tidak ramai yang mengalami kejadian kejadian pelik atau diganggu makhluk halus ini..

Kebiasaannya, makhluk halus atau hantu ini sering dikaitkan dengan kejadian kejadian pelik seperti kes kematian yang mana roh si mati tidak 'tenang' dan mereka akan 'mendiami' tempat tersebut.tanpa membuang masa meh aku sharekan dekat korang.



1.Highland Towers



Ramai orang tahu akan kisah Highland Tower ini yang pernah menggemparkan Malaysia 1 ketika dahulu yang mana telah mengorbankan banyak nyawa akibat kejadian tanah runtuh dan mengakibatkan banggunan Highland Tower runtuh

Kejadian aneh dan misteri Highland Tower bermula apabila seorang pemandu teksi mengambil seorang penumpang perempuan ditepi jalan dan perempuan tersebut memujuk pemandu tersebut untuk bawakan dia ke Highland Towers. Mereka tiba sewaktu malam dan sebelum keluar pemandu tersebut sempat berpesan agar perempuan tersebut berhati-hati kerana tempat tersebut dikatakan berhantu. "Ya, saya tahu. Saya nak pergi juga sebab saya tertinggal kaki dan tangan saya di dalam bangunan itu".


2. Penjara Pudu



Penjara Pudu dibina semasa era kolonial British dan digunakan sebagai kem tahanan perang oleh pihak Jepun. Jumlah tahanan yang menjangkau 2000 orang, termasuklah Botak Chin yang dihukum gantung pada 1981. Suara jeritan jelas kedengaran dari dalam bilik perlaksanaan hukuman gantung walaupun tiada sesiapa di dalamnya. Dan sesetengah bahagian jauh lebih sejuk berbanding bahagian lain menandakan kewujudan makhluk halus di bahagian tersebut.

Penjara Pudu dirobohkan pada tahun 2009 bagi memberi peluang untuk pembangunan pusat komersial.


3.Kellie's Castle, Perak


Seorang kanak-kanak perempuan dikatakan mati di sini dan menghantui ruang di dalam bagunan yang terbengkalai ini. Jeritan-jeritan yang pelik kedengaran. Dan pintu tertutup sendiri walaupun tiada sesiapa yang berhampiran.

Bangunan ini sepatutnya menjadi rumah bagi pemilik ladang dari Scotland, William Kellie Smith. Pembinaan bermula seawal 1915 tetapi disebabkan kematian Kellie, pembinaannya terhenti. Walaupun tidak siap sepenuhnya, dikhabarkan ada bilik-bilik dan laluan rahsia di dalamnya.


4.Lebuhraya Karak



Merupakan salah satu lebuhraya berhantu di Malaysia yang juga dikenali sebagai Lebuhraya E8. Dibuka kepada umum pada tahun 1977 yang menghubungkan Kuala Lumpir dan Karak di Pahang. 

Pada tahun 1990, 17 individu terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan 10 buah kereta, sebuah kenderaan polis, sebuah lori tangki dan sebuah bas. Turut berlegar juga dikalangan masyarakat, kisah Volkswagen kuning yang akan muncul di hadapan walaupun sudah dipotong berkali-kali. Dan jika diperhatikan, tiada sesiapa di dalam kereta tersebut.

 5.Ghost Hill, Penang



Pihak British pernah membina sebuah kubu yang berada di atas puncak bukit ini. Semasa Perang Dunia Ke-2, tentera Jepun dikatakan memancung kepala-kepala tawanan di lokasi ini. Entiti ini kekal menghantui kawasan bukit ini yang sekarang dijadikan muzium perang.

Tetapi pandangan berbeza diutarakan oleh pengacara National Geographic menerusi rancangan 
"I Wouldn't Go In There". Dia mengatakan tempat ini bukan dihantui entiti sebaliknya sejarah di sebalik lokasi ini. Muzium ini sekarang dimiliki oleh pihak persendirian dan sehingga kini senjata-senjata yanh ditinggalkan masih jelas kelihatan



sekian sahaja blog aku.aku harap korang dapat sepenuhnya info ni.byeeee jumpe pada blog yang akan datang ye


































Comments

Popular Posts