UTHM PAGOH πŸ™Œ

Assalamualaikum dan hai semua orang.

Harini aku nak cerita pasal University Tun Hussein Onn. U yang sempat aku teroka selama setahun.




So bagi aku U ni agak besar, sebab selama setahun tu aku tak sempat pun teroka semua block yang ada. Yelah bukan semua tempat boleh masuk kan, but still banyak lagi yang aku tak sempat nak teroka 


Btw aku belajar dekat uthm and ambil course Electrical Engineering. Course yang tak mudah but still can survive lah. Memang course ni dikuasai oleh lelaki but aku still ada geng perempuan lah yang penting. 




So ni pulak kolej aku masa di sana. Boleh tahan besar gak ahh. Aku duduk blok A1. Dalam satu rumah tu akan ada 4 bilik. Dan setiap bilik ada 3 orang. Toilet dalam rumah jugak dan ada 2.


Kalau tentang makanan di cafe, ada yang sedap dan ada yang biasa je. Aku suka nasi kerabu yang makcik ni jual. Nasi banyak, sambal pedas, ayam besar, memang complete lah bagi aku. Dan ada sorang pakcik ni jual tomyam, perghhhhhh memang padu tomyam dia. Bukan tomyam cair yang biasa dijumpai di kedai. Dia memang guna resepi Thailand katanya. 


So aku disana selama setahun sahaja dan aku quit sebab join Alam. Dah setahun aku dekat Alam, aku belum sempat nak ke sana untuk jumpa kawan-kawan lama aku. Tapi insyaAllah satu hari nanti aku akan jumpa dorang juga.

Sekian cerita pasal uthm ni. See you guys later. 
Assalamualaikum 

Comments

Popular Posts